Pendahuluan

ASEAN yang sudah mencapai umur empat puluh satu tahun telah banyak menempuhi pelbagai halangan dan rintangan dan pengalaman ini telah menjadikan ASEAN semakin matang dan terus bertahan sehingga sekarang. Sejak ASEAN tertubuh, rantau ini telah dilanda banyak musibah seperti Perang Viet Nam, pergolakan di Kampuchea dan Indonesia, dan isu ketenteraan junta di Myanmar. Bukan itu sahaja, isu-isu lain seperti rantau Asia Tenggara dijadikan sarang pengganas, pengeksploitasian kanak-kanak, rasuah dan macam-macam lagi, juga dialami. Namun demikian, ASEAN tetap bertahan dan terus berusaha untuk mengatasi perkara ini daripada menjadi lebih serius. Selepas sahaja terjadinya peristiwa Sebelas September, ASEAN sekali lagi mengalami banyak tekanan dan juga ancaman yang lebih berbentuk bukan tradisi.

Selain daripada itu, ASEAN juga telah cuba meningkatkan hubungan kerjasama dan dialog yang konstruktif sama ada dengan ahli ASEAN atau rakan dialog ASEAN untuk mengatasi masalah dalaman ASEAN. Bertolak daripada inilah, ASEAN akan dan terus mencuba untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang. Perkembangan ini bukan sahaja dalam pertahanan serantau, bahkan juga untuk menjadikan ASEAN lebih dinamik dalam sektor ekonomi.

Abdul Hai Haji Julay
Akademi Pengajian Brunei
Universiti Brunei Darussalam

About the Author:
Abdul Hai Haji Julay is a Lecturer at the Academy of Brunei Studies UBD (University of Brunei Darussalam), Jalan Tunku Link, BE 1410, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

For academic interests, the author is able to be contacted via e-mail at: hai.julai@ubd.edu.bn

  • Piagam ASEAN di laman: http://www.aseansec.org/ASEAN-Charter.pdf , terakhir dilayari 19/11/2008
  • Severino. .R.C. (2006). Southeast Asia in Search of An ASEAN Community, ISEAS, Singapore.
  • South East Asian Free Weapon Zone: http://www.aseansec.org/2082.htm, terakhir dilayari 19/11/2008
  • Tommy Koh. (2008). ASEAN at forty: perception and reality di dalam buku Regional Outlook 2008-2009, ISEAS, Singapore, m.s : 8
  • Treaty of Amity and Coperation: http://www.aseansec.org/1217.htm, terakhir dilayari 19/11/2008
  • Zone Of Peace Freedom And Neutrality: http://www.aseansec.org/1215.htm, terakhir dilayari 19/11/2008

  • ASEAN

How to cite this article?

Abdul Hai Haji Julay. (2010). Kejayaan dan Kecemerlangan ASEAN 1967-2008. Janang Bil:11 Bandar Seri Begawan: Akademi Pengajian Brunei