Pendahuluan

Negara Brunei Darussalam mempunyai penduduk yang terdiri dari masyarakat Islam yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat yang lain dalam menghayati nilai-nilai murni kehidupan dan nilai-nilai moral yang baik. Dalam proses negara kita menuju ke arah kemajuan, generasi muda merupakan tonggak dan tulang belakang negara dan mereka bakal menjadi pemimpin dan boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Generasi muda yang dimaksudkan itu adalah golongan pelajar-pelajar dan mahasiswa di pengajian tinggi dan setelah tamat di pengajian tinggi mereka ini akan melibatkan diri dalam dunia pekerjaan. Justeru kerana ini para pelajar dan mahasiswa akan menimba ilmu dan melengkapkan diri dengan nilai moral dan mempunyai etika yang tinggi dalam apa juga bidang. Jika negara maju tetapi penduduknya tidak bermoral dan beretika maka ini boleh menjejaskan pembangunan kerana tidak wujud pembangunan kerohanian dalam diri penduduknya. Jelasnya negara tersebut akan mengundang
kehancuran kerohanian dan ini tidak diingini dalam Islam. Dan kita bersyukur kerana Negara Brunei Darussalam telah wujud sebagai Negara Islam dan mempunyai falsafah negara iaitu Melayu Islam Beraja (MIB). Falsafah Melayu Islam Beraja telah disalurkan melalui sistem pendidikan yang semata-mata bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bermoral dan beretika serta boleh
mengekalkan identiti kebruneian.

Haji Tassim Haji Abu Bakar
Akademi Pengajian Brunei
Universiti Brunei Darussalam

About the Author:
Haji Tassim Haji Abu Bakar is a Lecturer at the Academy of Brunei Studies UBD (University of Brunei Darussalam), Jalan Tunku Link, BE 1410, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

For academic interests, the author is able to be contacted via e-mail at: hai.julai@ubd.edu.bn

  • Abd Latif Haji Ibrahim. (2003). Melayu Islam Beraja Pengantar Huraian, Akademi Pengajian Brunei, UBD.
  • Ahmad Kamis. (1999). Etika (Pendidikan Moral) Untuk Institusi Pengajian Tinggi, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
  • Ibrahim Mamat. (2000). Etika Untuk Mahasiswa, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
  • Kamus Bahasa Melayu Nusantara. (2003). Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
  • Kamus Dewan. (1984). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • Melayu Islam Beraja. (1993). Kertas Kerja, Seminar “Melayu Islam Beraja”, Akademi Pengajian Brunei, UBD.
  • Mohd Zain Haji Serudin. (1998). Melayu Islam Beraja Suatu Pendekatan, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
  • Titah-Titah.( 2001). Himpunan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 1990, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

  • Melayu Islam Beraja

How to cite this article?

Haji Tassim Haji Abu Bakar. (2010). Melayu Islam Beraja Mewujudkan Pelajar Bermoral Dan Beretika. Janang Bil:11 Bandar Seri Begawan: Akademi Pengajian Brunei