Pendahuluan
Istilah keluarga dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu keluarga asli (Original family) atau keluarga nuklear ( Nuclear family) dan keluarga luas (Extended family). (Dr Muhammad Hatta Shaharom, 1989 : 58) keluarga nuclear (Nuclear family) ialah keluarga yang terdekat sekali dan ia mengandungi keduadua ibu bapa serta anak-anak mereka. Keluarga luas (Extended family) seperti datuk, anak saudara, ibu saudara, bapa saudara dan sepupu.

Perancangan ke arah pembentukan keluarga berkualiti memerlukan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh meliputi unsur-unsur fizikal, material dan spiritual. Oleh itu dalam melahirkan keluarga berkualiti agama adalah menjadi terasnya dan ilmu adalah di antara cabang-cabang. Dalam pembentukan keluarga sistem pendidikan juga tidak dapat dipisahkan kerana pembentukan keluarga yang berkualiti mempunyai hubungan secara langsung dengan pembangunan negara. Ini membuktikan pendidikan menjadi aset penting dalam menentukan hala tuju pembentukan keluarga, masyarakat dan negara. Walau bagaimanapun sistem pendidikan tidak dapat lari dari menempuh cabaran dan perubahan agar ianya selari dengan kepesatan teknologi dan perubahan zaman.

Datin Dr. Hajah Saadiah DDW Haji Tamit
Akademi Pengajian Brunei
Universiti Brunei Darussalam

About the Author:
Datin Dr. Hajah Saadiah DDW Haji Tamit is a Lecturer at the Academy of Brunei Studies UBD (University of Brunei Darussalam), Jalan Tunku Link, BE 1410, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

For academic interests, the author is able to be contacted via e-mail at: hai.julai@ubd.edu.bn

  • Abd. Rahim Abd. Rashid. (2006). Institusi Menghadapi Cabaran Alaf Baru, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
  • Abunoor Abu Samah. (1997). Membina Keluarga Bahagia, Kuala Lumpur, Pustaka Syuhada.
  • Azrina Sobian. (2007). Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa, Kuala Lumpur, IKIM.
  • Muhammad hatta Shaharom, Dr. (1989), Psikologi Keluarga Ke arah Rumahtangga Bahagia, Kuala lumpur, Pustaka Salam.
  • Mohd Hasnawi. (1997). Kecemerlangan Suami Isteri Membina Istana Bahagia, Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise.
  • Azizan Hj Baharuddin, Prof. Dr. (2003). Keluarga Bahagia Yang Diidamkan, Kuala Lumpur, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

  • Pendidikan Islam
  • Membentuk Keluarga Berkualiti

How to cite this article?

Datin Dr. Hajah Saadiah DDW Haji Tamit. (2010). Pendidikan Islam Membentuk Keluarga Berkualiti. Janang Bil:11 Bandar Seri Begawan: Akademi Pengajian Brunei