Pendahuluan
Pengajian Melayu sebagai satu bidang ilmu mula terserlah apabila orang barat mula menjajah Gugusan Pulau-pulau Melayu mulai sekitar kurun ke-15 (Mohd. Taib Osman, 1988: 12). Sejak itu hampir semua teks tentang orang Melayu (khususnya teks sejarah Melayu kelasik) telah dikaji dan diulas oleh para sarjana barat (Hussain Othman, 2009:1). Dominasi barat ke atas pengajian Melayu telah mengakibatkan tersebarnya padangan dunia barat (western world views) dengan meluas di dunia Melayu termasuklah dalam penulisan-penulisan sarjana-sarjana tempatan moden. Fenomena tersebut, menurut Hussain Othman (2009), telah menyebabkan turunnya minat terutamanya terhadap pemahaman sejarah tempatan di kalangan orang-orang Melayu dan menyebabkan beberapa kecelaruan dalam pemahaman mereka tentang sejarah dan budaya sendiri.

Abad ke-21 menyaksikan penyertaan lebih ramai sarjana tempatan (Melayu) dalam pengajian Melayu yang telah berusaha untuk mengemukakan pandangan dari perspektif peribumi serta membetulkan persepsi barat yang sekian lama telah diguna pakai oleh masyarakat tempatan. Justeru itu lahirlah “Jabatanjabatan Pengajian Melayu” di institusi-institusi pengajian tinggi khasnya di universiti-universiti di rantau Melayu, yang dipelopori sebahagiannya oleh para ilmuan Melayu, bagi meneruskan kajian tentang orang-orang Melayu tetapi yang lebih menekankan dan fokus kepada perspektif, pentafsiran dan persepsi masyarakat tempatan yang dikaji.

Mohd Shahrol Amira Abdullah
Akademi Pengajian Brunei
Universiti Brunei Darussalam

About the Author:
Mohd Shahrol Amira Abdullah is a Lecturer at the Academy of Brunei Studies UBD (University of Brunei Darussalam), Jalan Tunku Link, BE 1410, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

For academic interests, the author is able to be contacted via e-mail at: hai.julai@ubd.edu.bn

  • Dato Hassan Ahmad. (1977). “Bangsa Melayu Dari Perspektif Sejagat”. Kertas kerja, Kongres Melayu Brunei Abad Ke-21, anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam, 4-7 Mei 1997.
  • Department of Statistics. Brunei Darussalam Key Indicators. (2009). Bandar Seri Begawan: Department of Statistics, Department of Economic and Development, Prime Minister’s Office, Brunei Darussalam, 2009.
  • Dr. Iik Arifin Mansurnoor. (1991). “Brunei Sebagai Sebuah Pusat Jaringan Intelektual Islam Di Asia Tenggara”. Kertas kerja, Seminar Brunei Dalam Sejarah 1, anjuran Akademi Pengajian Brunei, UBD dan Persatuan Sejarah Brunei, 29-31 Disember 1991.
  • Encik Sidek bin Saniff. (1977). “Bangsa Melayu: Cabaran dan Persaingan”. Kertas kerja, Kongres Melayu Brunei Abad Ke-21, anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam, 4-7 Mei 1997.
  • Hashim Awang Ar, Zahir Ahmad, Zainal Abidin Borhan (eds.). (1998). Pengajaran Sastera dan Sosiobudaya Melayu Memasuki Alaf Baru. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
  • Hussain Othman. 2009. Malay Historical Thought. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Mohd. Taib Osman. (1991). Pengajian Melayu Sebagai Pengajian Universiti. Dalam Beriga, April-Jun 1991. Bil.:31. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Mohd Taib Osman. (1988). Kebudayaan Melayu Dalam Bebarapa Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pengiran Datu Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. “Keunggulan Bahasa dan Sastera Melayu/Indonesia Menyongsong Tatanan Baru Dunia: Cabaran dan Strategi Mempertahankannya”. Kertas kerja, Seminar Bahasa dan Sastera, Brunei Darussalam, 14-15 Mac 2006.
  • Prof. Dr Haji Winarno Surakhmad. (1977). “Problematik Budaya Melayu abad Ke- 21: Sebuah Proyek”. Kertas kerja, Kongres Melayu Brunei Abad Ke-21, anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam, 4-7 Mei 1997.
  • Siddiq fadzil. (1977). “Melayu Abad Ke-21: Memperkasa Budaya Melayu”. Kertas kerja, Kongres Melayu Brunei Abad Ke-21, anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam, 4-7 Mei 1997.

  • Pengajian Melayu Di Brunei Darussalam Dalam Abad Ke-21: Masalah Dan Cabaran

How to cite this article?

Mohd Shahrol Amira Abdullah. (2010). Pengajian Melayu Di Brunei Darussalam Dalam Abad Ke-21: Masalah Dan Cabaran. Janang Bil:11 Bandar Seri Begawan: Akademi Pengajian Brunei